Program Literasi Ict Bersama Giat Mara Padang Besar (Aircond)

30 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang dan Pusat Internet Pokok Jawi telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar GiatMara Padang Besar Kursus Jahitan. Program yang diadakan di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 20 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan Instagram, FB Page dan Copywriting dalam mempromosikan perniagaan, disamping memberi taklimat ringkas berkenaan Maklumat palsu dalam komuniti. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali